...

Isnin, 24 Mei 2010

Bahasa Loghat Terengganu

The language of the state are Malay dialect, but to use the east coast of Terengganu. Among the phrases or words often used are:

sokmo
- selalu, senantiasa: kamu nampaknya smart sokmo

bereh
- beres, setle : saye sudah bereh kerje saye

gi
- pergi: kamu nak gi manner?

mana
- manner

mung
- kamu, engkau: mung dari manner?

cahligah
- lincah, cergas

tak mboh
- tak mahu: saye tak mboh makang

dok
- tidak: dok jadi nak pegi sana

guane ginning
- macam mana boleh jadi begini

guane lenning
- macam keadaan kamu sekarang

Peta Google Terengganu


View Larger Map

ANDA BOLEH :

-gerakkan atau seretkan kursur anda untuk gerakan peta Terengganu

-besarkan atau kecilkan peta anda

-untuk besarkan lagi klik disini.

-untuk lihat melalui wikimapia klik disini.


...

Air Terjun Sekayu







Air Terjun Sekayu adalah salah satu tempat menarik yang ada di Terengganu. Tempat reakrasi ini sesuai untuk santai seisi keluarga. Tempat ini terletak di Daerah Kuala Berang.

Bagaimana ke sana?

Jaraknya lebih kurang 15 km dari bandar Kuala Berang dan 50km dari bandar Kuala Terengganu. Anda boleh pergi dengan kereta atau teksi dan tempat ini siap dengan tempat parking dan chalet untuk penginapan.

Lagu Selamat Sultan

Lagu rasmi negeri Terengganu ialah Lagu Selamat Sultan.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan sepertimana berikut dan Senikata lagu " Selamat Sultan " di atas telah digunapakai sehingga ke hari ini.




Allah daulatkan Tuanku Sultan

Terengganu Darul Iman Allah peliharakan Tuanku Sultan

Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan

Memerintah rakyat aman

Asal usul nama Terengganu


Ada beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.

Geografi Terengganu


Negeri Terengganu Darul Iman adalah terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan ; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.


Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Pada 1 januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini di tadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut : Kuala Terengganu,60,654.3 hektar ; Kemaman, 253,559.9 hektar ; Dungun, 273,503.1 hektar ; Marang, 66,654.3 hektar ; Hulu Terengganu, 387,462.6 hektar ; Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. Seterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942. Pada tahun 1963 berjumlah 339.816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlah seterusnya meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India. Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.

Selamat Datang ke Terengganu

Selamat berkunjung ke negeri Terengganu Darul Iman,
Satu negeri indah di persisiran pantai timur semenanjung Malaysia.

Senyum Sokmo, Guane Ghamok Weihhh!!!!

..

Related Posts with Thumbnails