...

Isnin, 19 Julai 2010

Wanpo pakar ukiran kayu Terengganu






Wanpo atau nama sebenarnya Wan Mustaffa Wan Su adalah anak kepada pengukir terkenal Wan Su. Wanpo telah membuka satu pusat ukiran bagi melatih dan mengekalkan seni ukiran Melayu pada masa sekarang dengan membuka Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja Besut.

Hasil seni ukiran kayu daripada beliau sangat dikagumi oleh semua orang di dalam dan luar negeri. Pada masa kini juga Wanpo telah mewarisi bengkel bapanya yang kini dikenali sebagai Bengkel Seni Wan Mustffa.

Antara hasil seni daripada tangan beliau ialah mengukir Panca Persada Istana Maziah, Pintu Istana Maziah di Kuala Terengganu, hiasan dalaman Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang dan hiasan dalaman Muzium Negeri Terengganu.


...

Khamis, 1 Julai 2010

Empangan Hidroelektrik Kenyir



Empangan Hidroelektrik Kenyir juga dikenali sebagai Stesen Janakuasa Sultan Mahmud telah dibina pada tahun 1978 dan siap beroperasi sepenuhnya pada tahun 1988. Terletak di daerah Hulu Terengganu iaitu merentasi kawasan hulu Sungai Terengganu hingga mewujudkan satu tasik buatan manusia yang luas yang dikenali kini sebagai Tasik Kenyir.

Empangan ini menggunakan tenaga kinetik air yang dapat memusingkan 4 turbin besar dan boleh menghasilkan 400MV elektrik. Ia dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Namun apa yang menarik disini, pembinaan empagan ini telah mengubah landskap panorama alam yang hebat dengan satu tasik yang luas dan kewujudan berbagai-bagai pulau yang menarik. Sesuai untuk kunjugan pelancong dan kaki pancing.





.











....

..

Related Posts with Thumbnails