...

Sabtu, 19 Jun 2010

Ikan singgang Terengganu




Ikan singgang Terengganu adalah makanan spesial bagi orang Terengganu. Masakan ini kalau dikenakan dengan budu atau sambal belacan, waduh-waduh pasti kerinduan anak perantau terubat.

Masakan ini menggunakan ikan, lengkuas, asam gelugor, kunyit dan sayur bendi. Mau rasa boleh cuba masak sendiri atau paling mudah datang sendiri ke Terengganu Kite.



...

Khamis, 17 Jun 2010

Lata Belatan



Lata Belatan terletak di Kampung Kubang, Jabi Besut Terengganu. Lata ini adalah dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan tempat tumpuan ramai untuk aktiviti perkelahan, perkhemahan dan pendakian.

Jarak dari Kuala Terengganu-Jertih lebih kurang 118km melalui bas atau kenderaan darat lain. Air di sini sangat jernih dan sejuk berlatar belakang  panorama alam yang indah jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota.




...

Chinatown Kuala Terengganu




Chinatown atau dipanggil juga Kampung Cina bagi penduduk sekitar. Orang-orang Cina telah tiba ke sini sejak abad ke -19. Terdapat dua tokong utama di sini iaitu Ho Ann Kiong (1801) dan Tien Hok Kong (1896) telah diakui oleh UNICEF sebagai warisan yang hebat.

Anda boleh menyusuri Chinatown dengan kereta atau juga beca-beca yang sedia menunggu anda menjelajah bandar Kuala Terengganu.





...

Laksam




Satu lagi makanan spesial di Terengganu iaitu laksam. Laksam dibuat dari tepung beras dan gandum. Manakala kuahnya dibuat daripada isi ikan yang kisar dan dimasak bersama santan.

Bila dimakan waduh-waduh rasanya enak sekali. Tamboh lagi weihhh. Anda boleh rasa laksam ini di Pasar Kedai Payang, Kelulut, Pasar Chabang Tiga, Batu Buruk dan pasar-pasar di semua daerah negeri Terengganu.



...





...

Bahulu




Bahulu atau di Terengganu disebut juga "buah ulu". Sehingga ada teki teki di Terengganu, buah apa tiada pokok dan daun? jawapanya buah ulu.

Kuih bahulu sangat unik kerana baunya harum dan lazat apabila dimakan. Resepi asasnya adalah dari telur, tepung, santan dan gula. Dibakar dalam acuan khas sehinggan ada bermacam-macam bentuk.

Bila anda rasa satu bahulu, pasti nak lagi.



...

Akok






Akok adalah sejenis kuih tradisional Terengganu. Rasanya agak manis jika anda pertama kali mencubanya. Pada masa sekarang ada pelbagai versi dan kretiviti yang diubahsuai dalam masakan akok.

Akok biasanya di masak dalam acuan khas sehingga bentuknya menjadi bujur. Campuran asasnya adalah dari tepung , telur dan santan. Saya selalu makan akok ini tetapi tidak boleh banyak kerana tidak tahan rasa manisnya. Anda boleh mendapatinya di pasar-pasar sekitar Terengganu.



...

Lompat Tikam




Lompat tikam adalah satu makanan pembasuh mulut yang istimewa. Terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian jeli yang dibuat daripada tepung beras yang hasilnya berwarna putih dan hijau. Bahagian yang satu lagi adalah air manisan gula. Apabila dimakan sekali dengan jelinya, rasanya sangat memikat kalbu.

Anda boleh cuba lompat tikam ini di pasar-pasar sekitar Kuala Terengganu, terutama di pasar Kedai Payang, Chabang Tiga dan Kampung Ladang.


...

..

Related Posts with Thumbnails