...

Sabtu, 26 Jun 2010

UPSR Terengganu Unggul kali ke - 9 berturut-turut


Sumber : Utusan Online
ARKIB : 20/11/2009

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut.

Daripada sebanyak 23,944 calonnya, sebanyak 3,664 mendapat semua A (15.3 peratus) iaitu peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu daripada 48,171 calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran UPSR di seluruh negara tahun ini, 8,756 daripadanya berada di Selangor menjadikannya negeri terbanyak menyumbang kepada angka keseluruhan tersebut.

Di Johor pula, seramai 6,283 calon mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran diambil.

Kelantan turut mencatat keputusan membanggakan apabila 5,259 atau 14.31 peratus calonnya di negeri itu memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Di Perak pula, seramai 3,937 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 5A dan 7A meskipun berlaku penurunan peratusan berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Kedah berjaya mencatatkan peningkatan dengan calon memperolehi A bagi semua mata pelajaran meningkat kepada 3,742 orang (9.36 peratus) berbanding 3,482 orang (8.69 peratus) pada 2008.

Di Pahang, 3,225 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam peperiksaan tersebut, manakala sebanyak 20 daripada 533 buah sekolah di negeri itu berjaya mencapai kelulusan 100 peratus bagi tahun ini.

Sementara itu, peratusan calon lulus tahun ini di Pulau Pinang meningkat kepada 67.17 peratus berbanding 65.89 pada tahun sebelumnya.

Seramai 3,177 orang daripada 26,259 murid memperolehi keputusan cemerlang 5A atau 7A manakala 17,638 mencapai tahap penguasaan minimum bagi semua mata pelajaran sekurang-kurangnya Gred C ke atas.

Di Kuala Lumpur, seramai 2,725 pelajar atau 10.98 peratus calon mencapai keputusan 5A bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan 7A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

SK Setiawangsa mencatat prestasi membanggakan dalam UPSR 2009 apabila 94 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 5A.

SK Convent Bukit Nanas (1) pula muncul sebagai sekolah terbaik bagi kategori 'calon paling ramai memperoleh semua 'A' bagi semua mata pelajaran' di Kuala Lumpur berdasarkan peratusan lebih tinggi meskipun hanya mempunyai 35 calon yang mendapat keputusan semua A daripada 84 calon yang mengambil peperiksaan.

Seramai 2,343 daripada 19,404 calon negeri itu mendapat keputusan cemerlang 5A atau 7A.

Di Kuching, seramai 1,995 calon berjaya mencatat pencapaian penguasaan peringkat A bagi semua mata pelajaran diambil.

Di Melaka pula, seramai 1,411 daripada 15,187 calon lulus dengan cemerlang apabila memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran diambil.

Sabah pula mencatat kemerosotan dari segi bilangan calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran apabila hanya 911 calon mencapai keputusan itu berbanding 995 calon tahun lalu.

Perlis mencatatkan seramai 439 calonnya atau 9.53 peratus daripada 4,607 calon di negeri itu memperoleh pencapaian cemerlang dengan 5A dan 7A.



...

Ahad, 20 Jun 2010

Terengganu Juara Sukma Ke 13, Melaka






Terengganu sekali lagi menjuarai Sukan SUKMA edisi ke-13 di Melaka. Terengganu berjaya mengulanginya sekali lagi setelah menjadi juara keseluruhan pada SUKMA 2008 edisi ke-12 di Terengganu dahulu. Pada SUKMA kali ini Terengganu mengungguli pada tempat pertama dengan 47 pingat emas, diikuti Selangor 43 pingat emas dan ketiga Wilayah Persekutuan juga dengan 43 pingat emas.

Lebih manis lagi, Terengganu telah menjuarai dalam acara bolasepak sebanyak tiga kali berturut-turut dalam tiga edisi SUKMA yang lalu. Terengganu mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan akhir. Acara yang mengumpul banyak emas adalah acara kanu sebanyak 12 pingat emas.

TERENGGANU NELANG SUNGGOH / TERENGGANU GARANG SUNGGUH.

Syabas kontinjen Terengganu.


...

Sabtu, 19 Jun 2010

Location


Terengganu is a state of Malaysia in Southeast Asia. Located in eastern peninsular Malaysia have beaches and islands, beautiful and culturally interesting. The whole practice Islam and use the Malay language.

How to get here? You can take a plane to Kuala Lumpur and continues to Kuala Terengganu. Welcome to Terengganu Darul Iman.


Welcome to the blog visitterengganutoday. Thank You

...

Pulut Nyiur



Satu lagi makanan orang pantai timur kite, iaitu pulut nyiur(kelapa). Pulut ini dimakan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit gula. Makan pula dengan ikan rebus goreng. Wauuu nampak ringkas tapi sedap dimakan.

Singgah saja di Pasar Kedai Payang, Pasar Chabang Tiga dan pasar - pasar lain di semua daerah Terengganu. Pasti anda akan dapat merasainya.




...

Ikan singgang Terengganu




Ikan singgang Terengganu adalah makanan spesial bagi orang Terengganu. Masakan ini kalau dikenakan dengan budu atau sambal belacan, waduh-waduh pasti kerinduan anak perantau terubat.

Masakan ini menggunakan ikan, lengkuas, asam gelugor, kunyit dan sayur bendi. Mau rasa boleh cuba masak sendiri atau paling mudah datang sendiri ke Terengganu Kite.



...

Khamis, 17 Jun 2010

Lata Belatan



Lata Belatan terletak di Kampung Kubang, Jabi Besut Terengganu. Lata ini adalah dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan tempat tumpuan ramai untuk aktiviti perkelahan, perkhemahan dan pendakian.

Jarak dari Kuala Terengganu-Jertih lebih kurang 118km melalui bas atau kenderaan darat lain. Air di sini sangat jernih dan sejuk berlatar belakang  panorama alam yang indah jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota.




...

Chinatown Kuala Terengganu




Chinatown atau dipanggil juga Kampung Cina bagi penduduk sekitar. Orang-orang Cina telah tiba ke sini sejak abad ke -19. Terdapat dua tokong utama di sini iaitu Ho Ann Kiong (1801) dan Tien Hok Kong (1896) telah diakui oleh UNICEF sebagai warisan yang hebat.

Anda boleh menyusuri Chinatown dengan kereta atau juga beca-beca yang sedia menunggu anda menjelajah bandar Kuala Terengganu.





...

Laksam




Satu lagi makanan spesial di Terengganu iaitu laksam. Laksam dibuat dari tepung beras dan gandum. Manakala kuahnya dibuat daripada isi ikan yang kisar dan dimasak bersama santan.

Bila dimakan waduh-waduh rasanya enak sekali. Tamboh lagi weihhh. Anda boleh rasa laksam ini di Pasar Kedai Payang, Kelulut, Pasar Chabang Tiga, Batu Buruk dan pasar-pasar di semua daerah negeri Terengganu.



...





...

Bahulu




Bahulu atau di Terengganu disebut juga "buah ulu". Sehingga ada teki teki di Terengganu, buah apa tiada pokok dan daun? jawapanya buah ulu.

Kuih bahulu sangat unik kerana baunya harum dan lazat apabila dimakan. Resepi asasnya adalah dari telur, tepung, santan dan gula. Dibakar dalam acuan khas sehinggan ada bermacam-macam bentuk.

Bila anda rasa satu bahulu, pasti nak lagi.



...

Akok






Akok adalah sejenis kuih tradisional Terengganu. Rasanya agak manis jika anda pertama kali mencubanya. Pada masa sekarang ada pelbagai versi dan kretiviti yang diubahsuai dalam masakan akok.

Akok biasanya di masak dalam acuan khas sehingga bentuknya menjadi bujur. Campuran asasnya adalah dari tepung , telur dan santan. Saya selalu makan akok ini tetapi tidak boleh banyak kerana tidak tahan rasa manisnya. Anda boleh mendapatinya di pasar-pasar sekitar Terengganu.



...

Lompat Tikam




Lompat tikam adalah satu makanan pembasuh mulut yang istimewa. Terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian jeli yang dibuat daripada tepung beras yang hasilnya berwarna putih dan hijau. Bahagian yang satu lagi adalah air manisan gula. Apabila dimakan sekali dengan jelinya, rasanya sangat memikat kalbu.

Anda boleh cuba lompat tikam ini di pasar-pasar sekitar Kuala Terengganu, terutama di pasar Kedai Payang, Chabang Tiga dan Kampung Ladang.


...

Rabu, 16 Jun 2010

Bukit Besar, Kuala Terengganu




Bukit Besar bukanlah tempat kunjungan yang ramai dari pengunjung. Namun apa yang menariknya di sini adalah papan tanda "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU" yang menjadi perhatian ramai semua pengunjung ke Kuala Terengganu.

Sebenarnya di atas bukit ini terdapat pencawang telekomunikasi dan pusat kawalan komunikasi. Di sini juga adalah tempat pencerapan melihat anak bulan apabila tiba musim bulan puasa dan hari raya. Namun jika anda berani mencuba dan mencabar diri anda, tempat ini adalah sesuai untuk pendakian dan kaki-kaki jogging pada waktu pagi dan petang. Pernah waktu dahulu aku panjat Bukit Besar ini, untul mencabar diri sendiri bersama-sama kawan-kawan. Sampai di atas satu perasaan puas apabila melihat seluruh bandar Kuala Teengganu.

Tiada halangan untuk ke puncak bukit ini, cuma sampai dipuncak anda dilarang masuk dalam kompleks telekomunikasi itu sahaja. Dari atas anda akan saksikan hampir keseluruhan bandar Kuala Terengganu. Siapkan bawa sebotol air mineral dan satu kamera saya mencabar anda sampai ke atas atau sekuarang-kurangnya separuh perjalanan dekat papan tanda utama itu.



Ace cube tera daki nok? / Cuba mendaki, nak ke?
...

Istana Maziah



Istana Maziah telah dibina pada zaman Sultan Omar pada tahun 1870 untuk menggantikan istana lama iaitu Istana Hijau yang sudah terbakar. Istana yang dibina dengan gaya senibina Perancis ini adalah terletak di kaki Bukit Puteri berhadapan muara Sungai Terengganu.

Di sini biasa berlaku acara rasmi pertabalan, perkahwinan dan acara rasmi kenamaan kerajaan negeri Terengganu.

Jika anda ke Pasar Payang pasti anda singgah ke istana ini kerana jarak dari Pasar Payang lebih kurang 100meter sahaja. Kami akan selalu singgah ditepi pagar istana untuk berehat mengunyah kacang dan rojak buah sambil melihat panorama senibina istana yang indah. Angin dari muara Sungai Terengganu juga sangat mengasyikan.




...

Selasa, 15 Jun 2010

Nasi Dagang




Nasi dagang adalah makanan yang sangat popular selepas keropok lekor di Terengganu. Nasi dagang Terengganu adalah berlainan sedikit berbanding nasi dagang Kelantan. Nasi dagang Terengganu berwarna putih manakala Kelantan berwarna merah kerana menggunakan beras pulut hitam.

Lauknya adalah dari ikan aya(ikan tongkol) yang dimasak kari. Kari Terengganu adalah kari khas yang rasanya tersendiri bagi orang-orang Terengganu.

Tempat yang paling popular untuk anda makan nasi dagang ialah di Kampung Ladang Kuala Terengganu, Pasar Payang, Pasar Chabang Tiga dan juga di Kedai Mak Ngah Chendering.

Bagi diriku sekeluarga tempat yang selalu singgah adalah di Pasar Chabang Tiga pada waktu pagi selalu aku beli nasi dagang di sana. Kadang-kadang kena beratur jugak(nak beli), apabila balik musim cuti sekolah. Teringat pula nasi lemak antarabangsa dekat Kg Baru yang terpaksa kena beratur.






...

Rojak kateh


Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.

Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.

Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.

Untuk anda yang singgah di Pasar Kedai Payang, pasti mencuba rojak kateh ini. Cuba-cuba pusing digerai jualan di bawah pasar.



Ace cube tera cari gok dulu / Cuba-cuba cari dahulu.


...

Kerepok lekor



Kerepok lekor adalah ikon makanan utama bagi Terengganu. Jika anda datang ke Kuala Terengganu tidak sempurna perjalanan anda jika tidak merasa keenakan dan kelainan rasa kerepok lekor buatan Terengganu.

Apa yang spesialnya ialah rasa kerepok Terengganu adalah 80% ikan dan lembut berbanding kerepok di negeri lain. Rahsianya banyak ikan yang diadunkan kedalam resepinya.

Banyak tempat yang menjual keropok, antara yang paling popular adalah di Kampung Losong, Seberang Takir, Kuala Ibai dan Marang. Bagi diri ku tempat yang selalu ku kunjung adalah di Kg Losong, kerana di situ rasanya lebih enak dan banyak pilihan gerai.




Skali teray rase nok lagi, ke guane / Sekali cuba rasa nak lagi, macamana?
...

Pulut Lepa



Pulut Panggang atau di Terengganu dipanggil pulut lepa. Spesialnya pulut lepa Terengganu berbanding dengan pulut dari negeri lain ialah intinya yang berasa ikan.

Jika anda ke Terengganu anda mesti cuba rasa pulut lepa ini, pastikan kesedapanya dan kelainannya. Tempat yang aku biasa beli adalah di Pasar Chabang Tiga pada waktu pagi dan di Jalan Banggol Peradong dekat Gelugor pada waktu petang. Wahhh rasanya spesial sungguh dengan inti ikannya. Sememangnya test aku adalah test Terengganu Kite.




Sedak gok rase puluk nih/ Sedap juga rasa pulut ini.



...

Masjid Putih





Masjid Putih atau Masjid Abidin adalah masjid yang telah dibina pada zaman Sultan Zainal Abidin II pada tahun 1973-1908. Kemudian masjid telah mengalami banyak perubahan dari sultan-sultan terkemudian sehinggalah Sultan Ismail Nasiruddin pada tahun 1972 dan sekarang masjid masih lagi dijaga dengan baik.

Masjid ini terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Terengganu di belakang Istana Maziah. Sambil-sambil berjalan-jalan boleh singgah sekejap untuk ziarah dan menunaikan waktu solat.

Masjid ini selalu juga aku singgah apabila membeli belah sekitar bandar Kuala Terengganu. Juga pada waktu subuh jika aku sampai dari Kuala Lumpur dengan bas, kerana stesen bas ekspres hampir sangat dengan masjid ini.


...

Pesta Candat Sotong


MENCANDAT SOTONG

Musim mencadat sotong biasanya dalam bulan Mac hingga Julai. Kebanyakkan peminat candat ini akan menyewa bot-bot nelayan sekitar Terengganu untuk ke laut pesisir pulau Kapas, Redang, Bidong dan sekitarnya.

Mereka menggunakan alat candat iaitu sejenis alat yang mempunyai banyak mata untuk menyangkut sotong-sotong yang berkumpul di kawasan cahaya lampu. Ketika bulan mengambang biasanya pencandat akan berkurang ke laut kerana cahaya bulan yang terang.

Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.


Sedak gok dok atas bok sambil candak sotong / Sedap juga duduk di atas bot sambil mencadat sotong.


...

Isnin, 14 Jun 2010

Bendera dan Jata Negeri





Bendera

Bendera TerengganuLatar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Jata

Jata Terengganu -Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

Teringat waktu sekolah dahulu semasa belajar Georgrafi dan Sejarah. Masa hendak lukis bendera Terengganu adalah kerja yang paling mudah. Tapi apabila hendak lukis jata Terengganu adalah masa yang paling sukar. Mungkin keunikan Jata tersebut membuat aku sukar hendak lukis.



...

Songket


Songket sudah terkenal sejak abad ke 15 yang lampau, perkataan songket itu sendiri berasal dari "sungkit" iaitu teknik menyungkit.

Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak.

Industri ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Dahulunya, aktiviti tenunan songket menjadi aktiviti utama kaum hawa dan gadis-gadis di Terengganu. Boleh dikatakan setiap kampung pasti ada alat tenunan.

Anda boleh lihat sendiri kehalusan kraftangan Terengganu sama ada di Pasar Kedai Payang atau kedai-kedai butik sekitar bandar Kuala Terengganu.
Untuk diriku, samping songket hitam untuk hari raya adalah pilihan utamaku, begitu juga waktu nak naik pelamin. Keindahan terserlah bila dikenakan pada baju Melayu.




...

Perahu tradisional







Terengganu yang merupakan negeri pesisir pantai pastilah terkenal dengan berbagai-bagai perahu tradisionalnya. Antaranya adalah perahu Payang Barat, Perahu Bedar, Perahu Sekoci dan pelbagai lagi.

Perahu-perahu di Terengganu juga mempamerkan nilai seni yang sangat tinggi khususnya dari segi pembuatan dan hiasan corak pada badan perahu. Perahu ini mampu bertahan sehingga 30 tahun kerana ia diperbuat seratus peratus daripada cengal.
Pernah dahulu apabila tiba waktu musim bah(banjir) perahu sekoci yang dibawah rumah, menjadi mangsa aku dengan kawan-kawan untuk bermain pusing kampung. Seronok bukan kepalang pada waktu itu.
Di muzium aku naik pula perahu besar. Sekarang perahu besar itu menjadi replika sejarah di muzium. Saiznya yang besar membuatkan rasa kagum dan hebat pada hasil tangan orang-orang kita.

...

Bangau




Bangau di sini bukanlah seekor binatang, tetapi ialah satu ukiran kayu yang menarik yang biasanya di letakkan di hadapan perahu nelayan di Terengganu. Tujuannya adalah untuk menyangkut galah panjang dan pukat di samping ia adalah satu hiasan tradisi perahu-perahu nelayan Terengganu.

Pada masa kini bangau adalah simbolik bagi negeri Terengganu selepas penyu dan batiknya.

Anda boleh saksikan sendiri ukiran bangau di Muzium Maritim Terengganu, di Bukit Losong.




...

Batik Sutera Terengganu




Kain batik sutera Terengganu sememangnya diketahui umum adalah yang paling popular di Malaysia. Ini dikomersialkan lagi oleh anak-anak tempatan Terengganu,antaranya Noor Arfa Batik yang telah diasaskan pada tahun 1980.

Kompeni ini telah memperbaharuikan lagi corak dan kualiti kain yang baik dan telah menempa jenamanya sendiri di Malaysia dan luar negara.

Anda boleh lihat sendiri keindahan batik sutera di Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu atau di Komplek Noor Arfa Batik di Kawasan Perindustrian Chendering Kuala Terengganu.

Umumnya pembuatan batik tradisional adalah melalui kaedah cop dan cating(melukis dengan tangan). Kemudian di warnakan mengikut kretiviti dan citarasa Terengganu.


...

Lagu Rakyat Terengganu

Antara lagu-lagu Rakyat Terengganu :


Ulik mayang
Anok Udang
Ya Dondang
Anok Burung Baniong
Inang Rodat
Kolek Berkolek
Ulek Badang
Itek Gembo Gembo
Ayun Buai Kokek
Watimang Landok
Yabani Ya badang
Pintal Tali

Antara selingan lagu-lagu Rakyat Terengganu yang dilagukan oleh Faizal AF4. Faizal adalah antara penyanyi yang menjadi ikon Terengganu selain Azian Safuan, Saleem Iklim dan Haliza AF.



PERHATIAN: Untuk memainkan video ini, anda dinasihatkan "pause" dahulu lagu pada Halwa Telinga di sebelah tepi-kanan. TQ.

Lirik Lagu Watimang Landak - Lagu Tradisional Rakyat Terengganu

Ramai/korus :
Watimang watimang landok
Landok sesama landok
Tughung ke patalah dek nandung
Membeli beghah
Kalau hendak sesama hendak
Watimang watimang landok
Gajah beghata lah dik nandung
Lagi kan terlepah

(muzik)

Solo:
Nyor manih pelepah lembuk
Watimang watimang landok (ramai)
Habih dimakang lah dik nandung
Si gajah gila (ramai)
Muluk manih hati pun lembuk
Watimang watimang landok (ramai)
Bagaimana lah dik nandung
Hatilah dok gila (ramai)

(muzik) (ulang korus)

Solo:
Balik bukit kerja raya
Watimang watimang landok (ramai)
Tempat oghang lah dik nandung
Gergaji kayu (ramai)
Tuan dok belas melihat saya
Watimang watimang landok (ramai)
Siang malang lah dik nandung
Menanggung rindu (ramai)

(muzik) (ulang korus)


Pernah dahulu pada zaman kanak-kanak teringat pada satu lagu rakyat yang menjadi bahan ketawa bagi mengenakan pada kawan-kawan yang kalah. Tak silap bunyinya sebegini:
''pek pek li wa tako lang, lepek sekali berbulang-bulang". Pasti kawan atau pasukan yang kalah akan merah padam mendegar lagu ini.


...

Gasing Pangkah



Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Terengganu dan Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara bermain permainan gasing pangkah :
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut .
Pada masa kanak putik kelapa boleh dijadikan gasing pangkah. Budak-budak kampung mencari inisiatif sendiri untuk bermain gasing.



...

Ahad, 13 Jun 2010

Ulik Mayang



Di Terengganu dahulu , tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagu Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , ditambah dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.

Pada masa sekarang ia hanya menjadi budaya tarian persembahan dan simbol bagi kebudayaan Negeri Terengganu sahaja, kerana amalan ini sudah beransur hilang. Ulik Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang kena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.

Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mentera.

Lagu ULIK MAYANG

Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

---

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sermbahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala


Dengarkan :
Ulik Mayang nyanyian Azian Safuan Mazwan, penyanyi Terengganu yang pernah popular tahun 80-an dulu, klik disini.

...

Rodat Terengganu



Persembahan Tarian Rodat Terengganu.

Mengikut sumber Perbadanan Perpustakaan Terengganu, Tarian Rodat adalah berasal dari Timur Tengah. Namun sebelum sampai ke sini, ia dibawa oleh pedagang Pulau Sambas dan Pontianak Indonesia dan tersebar di Terengganu.

Ini berdasarkan lagu-lagu yang dinyanyikan disalin dari kitab Hadrah dan alat muziknya, rebana tar adalah alat muzik yang sama dimainkan dalam Hadrah Arab.

PERHATIAN: Untuk memainkan video ini, anda dinasihatkan "pause" dahulu lagu pada Halwa Telinga di sebelah tepi-kanan. TQ.

...

Khamis, 10 Jun 2010

Pantai Chendering, Kuala Terengganu

Pantai Chendering sememangnya memukau mata yang memandang. Pantainya landai dan berteluk, sesuai untuk mandi bila air surut dan ombak perlahan. Namun anda harus berjaga-jaga kerana pantai di pesisir Terengganu tidak mengenal rupa dan usia.

Bagaimana ke sana? Hanya melalui simpang empat di Chendering anda harus ke Perlabuhan. Di situ anda perlu masuk ke perkampungan dan beberapa minit sahaja anda akan nampak pantai Chendering yang indah.



...


Rabu, 9 Jun 2010

Masjid Terapung

Masjid Terapung yang anda saksikan seolah-olah terapung di atas tasik buatan manusia ini. Masjid terletak di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Nama asalnya adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah, dan lebih serasi dengan panggilan Masjid Terapung oleh penduduk tempatan dan pelancong luar.

Jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu lebih kurang 15 minit. Di sebelah masjid ini terdapat pantai dan muara Sungai Ibai yang cantik. Anda boleh rasakan kenyamanan angin pantai yang bertiup dan keindahan panorama senibina langskap masjid ini.


...

Masjid Kristal

Masjid Kristal adalah masjid terapung kedua yang anda boleh saksikan dari Pulau Duyung. Bagaimana ke sana? Anda boleh terus ke laluan Muzium Bukit Losong, kerana masjid ini adalah berhampiran dengan tempat ini.


...

Pulau Kapas


(Pulau Kapas dari pantai Marang)
Pulau Kapas adalah destinasi menarik untuk dikunjungi. Mempunyai pantai dan suasana alam yang sangat menarik dan menenangkan. Pulau Kapas salah satu pulau yang termasuk dalam peta perlancongan dunia.
Bagaimana ke sana? Anda boleh ke sana dengan bot melalui jeti di Kuala Marang. Perjalanannya lebih kurang 30 minit, ini kerana Pulau Kapas dapat dilihat dari daratan Marang. Terutama jika anda berada di Pantai Kelulut, Marang.
...




Petroleum Gas, Paka






Terengganu merupakan pengeluar gas petroleum utama di Semenanjung Malaysia. Tempat perlombongan minyak petroleum adalah di luar pantai Terengganu dengan beberapa buah pelantar di atas laut.

Minyak dan gas di lojikan di daratan Paka untuk diproses. Di sini anda boleh melihat beberapa loji pemprosesan gas dan petroleum, yang mana beberapa serombong paip akan membakar gas yang berlebihan. Loji ini menjadi trademark utama jika anda melalui laluan pantai Kuantan - Kuala Terengganu.



...

Bandar Chukai, Kemaman








Bandar Chukai, Kemaman adalah bandar pertama yang anda akan jumpa sekiranya anda melalui pintu masuk dari Kuantan, Pahang.

Bandar ini adalah bandar pentadbiran, pusat beli belah dan perhotelan serta masih lagi dapat dilihat rumah-rumah kampung yang mengelilingi bandar ini. Bandar ini agak sibuk kerana letaknya dilaluan Kuantan-Kuala Terengganu.

...

Taman Tamadun Islam




Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man. Tempat ini menempatkan pelbagai replika sejarah senibina Islam yang masyhur dari seluruh dunia Islam.

Bagaimana ke sana? Anda boleh pergi dengan kereta melalui jalan ke Muzium Bukit Losong atau juga dengan bot di Seberang Takir atau Jeti Pasar Kedai Payang.

Dari Pulau Taman Warisan anda akan melihat suasana Sungai Terengganu , Masjid Kristal di seberang sungai dan Bandar Kuala Terengganu.

Kekaguman pasti terserlah...

Saksikan video Taman Tamadun Islam.
Pastkan anda "pause" muzik iringan di sebelah tepi-kanan untuk audio yang lancar. TQ






...

Pulau Duyung



Pulau Duyung adalah terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu. Ia merupakan pulau yang menarik dan terkenal dengan bengkel pembuatan kapal-kapal dan bot-bot nelayan. Anda boleh melihat hasil kerja-kerja tangan tukang-tukang tempatan. Antara tukang bot yang terkenal adalah En Abdullah Muda.

Di Pulau Duyung pada masa kini adalah terkenal pula dengan penganjuran Monsoon Cup yang di adakan pada musim Monsun Timur Laut iaitu pada bulan Oktober-Disember.


...

Sultan dan Politik Pentadbiran Terengganu



Sultan Negeri Terengganu :
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah Al-Muktafi Billah ( الواثق بالله توانكو سلطان ميزان زين العابدين ابن المرحم سلطان محمود المكتفي بالله شاه, lahir 22 Januari 1962) adalah Sultan ke-16 negara bahagian Terengganu, dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke - 13.

Beliau meneruskan lagi tradisi Kesultanan Nageri Terengganu yang masih lagi utuh dan kuat hingga kini.

Tuanku Mizan lahir pada tarikh 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi di Kuala Terengganu, Putra sulung Shah Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah dengan isteri keduanya, Sharifa Nong Fatima. Dia adalah YDP pertama lahir selepas kemerdekaan Malaysia. Keluarga Sharifa adalah dari Arab keturunan, dari Syed Omar Aljunied.

Beliau belajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Tuanku pergi ke luar negera untuk belajar di Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, menyelesaikan studi sarjana Mizan di US International University-Eropah (sekarang dipanggil Alliant International University) Di London, Laba sebuah B.A. Hubungan Antarabangsa.

Tuanku Mizan menyertai dalam program tentera PRA SMC (E) 33 di Sekolah Bahasa Tentera Darat 1982-1983. Ia kemudian mempelajari program tentera di SMC 33 Royal Akademi Tentera Sandhurst di Inggeris, Menyelesaikan kursus Kadet Officer pada tarikh 9 Disember 1983. Mizan Kehormatan ditugaskan sebagai Leftenan pada tahun 1984 dan bertugas di Royal Kavalri.







Datuk Ahmad Said (Lahir 1957) Adalah Menteri Besar negeri Terengganu, Malaysia sejak 2008. Saat ini beliau adalah Ahli Dewan Undangan dari Kijal, Terengganu.

Ahmad Said adalah lulusan dari Universiti Sains Malaysia, dan terpilih sebagai ahli parlimen pada tahun 1990. Beliau sekarang sudah berkahwin dan mempunyai lapan anak-anak.

Beliau telah meneruskan kesinambungan Menteri Besar terdahulu dengan meneruskan lagi kecemerlangan dan kemajuan negeri Terengganu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

...

Selasa, 8 Jun 2010

Pantai Kemasik, Kemaman






Dari bandar Chukai Kemaman lebih kurang 1 jam. Selepas penat memandu kereta bersama famili anda boleh berhenti di sini.

Pantai ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Meskipun tidak layak untuk membandingkannya dengan pantai pulau-pulau yang sangat popular di Terengganu seperti Pulau Redang, Pantai Batu Buruk dan Pantai Chendering, pantai ini memang mempunyai pesona sendiri.

Pasir cahaya oren cukup lembut, dengan lembut angin laut menyapu jauh melalui wajah anda. Di sore hari, ada beberapa penduduk tempatan datang ke sini untuk bermain bola sepak atau voli pantai. Ada juga 2-3 gerai yang menjual makanan hidangan tempatan seperti goreng Jus lekor dan sotong goreng.

Anda juga boleh pergi berenang di sini, terutama di sebelah kanan pantai antara dua batu besar yang membuat menjadi bualan masyarakat yang disebut kolam renang peribadi dan pantai indah. Terdekat juga, anda boleh melihat salah satu desa nelayan di muara sungai Sungai Kemasik.


...

Rantau Abang


Penyu adalah tanda simbolik utama bagi pelancongan ke negeri Terengganu. Tempat yang paling sesuai dan menarik untuk melihat penyu adalah di Rantau Abang, Dungun.

Rantau Abang adalah pendaratan utama jenis penyu belimbing yang pada masa kini telah mengahadapi masalah kepupusan akibat daripada pembangunan dan gangguan kemasukan manusia ke habitat penyu.

Di sini anda boleh lihat sendiri bagaimana program pembiakan semula anak-anak penyu belimbing dan pencegahan serta kawalan terhadap spesis ini.

Terdapat juga resort-resort yang telah di sediakan kepada pelancong yang ingin menginap untuk melihat sendiri pendaratan penyu pada waktu malam.


Saksikan Pantai Rantau Abang pada waktu pagi. PERHATIAN: Anda dinasihatkan "pause" lagu iringan di sebelah tepi-kanan. TQ





...

Homestay Terengganu


Dungun
Homestay Kampung Pasir Raja, Dungun
Bahagian Pembasmi Kemiskinan
KETENGAH
Karung Berkunci No.3
23409 Bandar Al-Muktafi Billah Shah
Dungun, Terengganu
Tel: 09-8223100 / 168
Faks: 09-8223104
Mobile No: 013-9425682
(142km from Kuala Terengganu)
-----------------------------------------------------------------------


Setiu
Homestay Kampung rhu 10, setiu
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu
Lot 6494, Kampung Rhu 10
22120 Setiu
Terengganu
Tel / Fax No: 09-6927921
(50km from Kuala Terengganu)
-----------------------------------------------------------------------


Kuala Terengganu
Homestay kampung teluk ketapang, kuala terengganu
7672-B, Kg. Teluk Ketapang
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Email: cgazmi@yahoo.com
Website: www.homestayketapang.com
(13km from Kuala Terengganu)



Homestay Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu
d/a JKKK Kampung Pulau Duyung
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
(7km from Kuala Terengganu)
-----------------------------------------------------------------------


Jertih
Homestay Felda Selasih
22020 Jertih
Terengganu
Tel / Fax: 09-6979844
Email: felda20@tm.net
(92km from Kuala Terengganu)
-----------------------------------------------------------------------

Hulu Terengganu
Homestay kampung Buloh, Hulu terengganu
Kampung Buloh
21700 Kuala Berang
Terengganu
Email: isnaidee@gmail.com
Website: homestaykgbuloh.com
(40km from Kuala Terengganu)


...

Penginapan di Kuala Terengganu



Penginapan di Kuala Terengganu :

Grand Continental Hotel - Kuala Terengganu
Lot 004023
Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 K.Terengganu.
Website: www.ghihotels.com.my
Emel: kuala_terengganu@ghihotels.com.my
Telephone No: 09-625 1888
Fax No: 09-6251999


PRimula Beach HOTEL
Jalan Persinggahan
Off Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu.
Website : www.primulahotels.com
Emel : reservation@primulahotels.com
Telephone No: 09-622 2100, 09- 622 2362
Fax No: 09-623 3360, 09-623 3729


FELDA RESIDENCE KUALA TERENGGANU
Jalan Hiliran,
20400 Kuala Terengganu
Telephone No: 09-6321111
Fax No: 09-6321122


Permai Inn Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mahmud
20400 K.Terengganu.
Website: www.permainnkt.com.my
Emel: sales@permaiinnkt.com.my
Telephone No: 09-6222122
Fax No: 09-6222121

Seri Malaysia Hotel KUALA TERENGGANU
Lot 1640 Jalan Hiliran (Balik Bukit)
20100 K.Terengganu.
Website: www.serimalaysia.com.my
Emel: smtgg1@yahoo.com
Telephone No: 09-6236454
Fax No: 09-6238344

YT Midtown Hotel
No. 30, Jalan Tok Lam,
20100 Kuala Terengganu
Emel: ythotel@streamyx.com
Telephone No: 09-622 3088
Fax No: 09-622 2999

Batu Burok Beach Resort & Hotel
No. 906A, Jalan Pantai Batu Burok,
20400 Kuala Terengganu
Emel: bbbr@batuburukbeachresort.com
Telephone No: 09-622 1410
Fax No: 09-6232904

Alamanda Hotel
28 – 28A, Jalan Tok Lam,,
20100 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6228888
Fax No: 09-6238899

MINI INDAH HOTEL
60A,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6229053

K.T TRAVELLERS INN SDN.BHD
201, 1st Floor
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6223666
Fax: 09-6232692

Sea View Hotel
18A,
Jalan Masjid Abidin,
20000 Kuala Terengganu.
Emel : sv_hotel@yahoo.com
Telephone No: 09-6221911
Fax No: 09-6223048

SERI HOOVER HOTEL
42, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6233823 / 833 / 863
Fax No: 09-6225975

KENANGAN HOTEL
65, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
Website: hotelkenangan.com.my
Email: admin@hotelkenangan.com.my
Telephone No: 09-6222688
Fax No: 09-6233268

INDAH Hotel
71, Jalan Tok Lam,
20100 K.Terengganu.
Telephone No: 09-6233023 / 09-6229083
Fax No: 09-6229980

HOTEL KT MUTIARA
67 Jalan Sultan Ismail,
20200 K.Terengganu
Telephone No: 09-6222655
Fax No: 09-6236895

TERENGGANU HOTEL
12, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6222900
Fax No: 09-6222906

CITY HOTEL
97 – 99, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6264337 / 09-6221481

Bunga raya HOTEL
105 - 111, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu
Telephone No: 09-6240870 / 09-6234150
Fax No: 09-6234150

sinaran hotel
No.73 & 75,
Tingkat 2-4 ,
Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6221540

Hotel Sri Tanjung
D/A No. 43, Lot 3541,
Tingkat 1,
Depan Surau Stesen Bas Tanjung,
20000 K. Terengganu.
Telephone No: 09-6262636
Fax No: 09-6263992

evergreen HOTEL
98, Jalan Masjid Abidin
20000 K. Terengganu
Telephone No: 09-6236198

HOTEL Bintang
No. 30, Jalan Petani
20000 K. Terengganu.
Telephone No: 019-9438007 / 019-9049007
Fax No: 09-6240019

Sri Setia Hotel
PT1483, Tkt 1,
Ibai Landmark Garden,
Kg Tok Adis,
Kuala Ibai ,
29499 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6170011 / 09-6170012
Fax No: 09-6170022

Sumai Suite Hotel
Lot 4479,
Jalan Persinggahan,
Batu Buruk,
20400, Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-6310033
Fax No: 09-6262099 / 09-626 3099

Hotel Teratai
081-O, Tkt 1,
Jalan Sultan Sulaiman,
20100 Kuala Terengganu.
Telephone No: 09-631 8081
Fax No: 09-631 9081

...

Air Terjun Lata Tembakah




Air terjun Lata Tembakah terletak di kawasan Hutan Pelagat, Besut. Air terjun bertingkat-tingkat dan ketinggian air terjunnya mencapai 50m.

Tempat ini adalah 130km dari Kuala Terengganu dan 20 minit dari bandar Besut. Hutan ini sememangnya terkenal di negeri Terengganu kerana ia banyak mengandungi pohon-pohon Meranti dan Keruin.

...

Isnin, 7 Jun 2010

Pantai Kelulut, Marang






Pantai Kelulut adalah satu destinasi yang menarik jika anda kunjungi atau singgah sekejap. Di sini pantainya mengadap Laut China Selatan dan anda akan nampak Pulau Kapas di kaki langit Pantai Kelulut.

Pantai ini adalah di dalam daerah Marang laluan Kuala Terengganu - Kuantan.

Jika anda anda singgah di sini jangan lupa beli keropok di gerai 008. Pastinya banyak lagi kunyah-kunyahan yang dijual di situ.

Mau nikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Jom singgah di Pantai Kelulut.

...

..

Related Posts with Thumbnails