...

Ahad, 13 Jun 2010

Ulik Mayang



Di Terengganu dahulu , tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagu Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , ditambah dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.

Pada masa sekarang ia hanya menjadi budaya tarian persembahan dan simbol bagi kebudayaan Negeri Terengganu sahaja, kerana amalan ini sudah beransur hilang. Ulik Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang kena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.

Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mentera.

Lagu ULIK MAYANG

Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

---

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sermbahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala


Dengarkan :
Ulik Mayang nyanyian Azian Safuan Mazwan, penyanyi Terengganu yang pernah popular tahun 80-an dulu, klik disini.

...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

..

Related Posts with Thumbnails