...

Khamis, 19 Ogos 2010

Ketupat palas




Ketupat palas adalah ketupat yang dibalut dengan daun palas. Ianya berbeza dengan ketupat nasi yang berbentuk empat segi. Cara penyediaannya dengan rebus atau kukus dan enak di makan dengan rendang.

Biasanya di musim-musim perayaan aidifitri di Terengganu, ketupat palas sangat popular.


...

Isnin, 19 Julai 2010

Wanpo pakar ukiran kayu Terengganu






Wanpo atau nama sebenarnya Wan Mustaffa Wan Su adalah anak kepada pengukir terkenal Wan Su. Wanpo telah membuka satu pusat ukiran bagi melatih dan mengekalkan seni ukiran Melayu pada masa sekarang dengan membuka Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja Besut.

Hasil seni ukiran kayu daripada beliau sangat dikagumi oleh semua orang di dalam dan luar negeri. Pada masa kini juga Wanpo telah mewarisi bengkel bapanya yang kini dikenali sebagai Bengkel Seni Wan Mustffa.

Antara hasil seni daripada tangan beliau ialah mengukir Panca Persada Istana Maziah, Pintu Istana Maziah di Kuala Terengganu, hiasan dalaman Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang dan hiasan dalaman Muzium Negeri Terengganu.


...

Khamis, 1 Julai 2010

Empangan Hidroelektrik Kenyir



Empangan Hidroelektrik Kenyir juga dikenali sebagai Stesen Janakuasa Sultan Mahmud telah dibina pada tahun 1978 dan siap beroperasi sepenuhnya pada tahun 1988. Terletak di daerah Hulu Terengganu iaitu merentasi kawasan hulu Sungai Terengganu hingga mewujudkan satu tasik buatan manusia yang luas yang dikenali kini sebagai Tasik Kenyir.

Empangan ini menggunakan tenaga kinetik air yang dapat memusingkan 4 turbin besar dan boleh menghasilkan 400MV elektrik. Ia dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Namun apa yang menarik disini, pembinaan empagan ini telah mengubah landskap panorama alam yang hebat dengan satu tasik yang luas dan kewujudan berbagai-bagai pulau yang menarik. Sesuai untuk kunjugan pelancong dan kaki pancing.





.











....

Sabtu, 26 Jun 2010

UPSR Terengganu Unggul kali ke - 9 berturut-turut


Sumber : Utusan Online
ARKIB : 20/11/2009

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut.

Daripada sebanyak 23,944 calonnya, sebanyak 3,664 mendapat semua A (15.3 peratus) iaitu peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu daripada 48,171 calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran UPSR di seluruh negara tahun ini, 8,756 daripadanya berada di Selangor menjadikannya negeri terbanyak menyumbang kepada angka keseluruhan tersebut.

Di Johor pula, seramai 6,283 calon mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran diambil.

Kelantan turut mencatat keputusan membanggakan apabila 5,259 atau 14.31 peratus calonnya di negeri itu memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Di Perak pula, seramai 3,937 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 5A dan 7A meskipun berlaku penurunan peratusan berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Kedah berjaya mencatatkan peningkatan dengan calon memperolehi A bagi semua mata pelajaran meningkat kepada 3,742 orang (9.36 peratus) berbanding 3,482 orang (8.69 peratus) pada 2008.

Di Pahang, 3,225 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam peperiksaan tersebut, manakala sebanyak 20 daripada 533 buah sekolah di negeri itu berjaya mencapai kelulusan 100 peratus bagi tahun ini.

Sementara itu, peratusan calon lulus tahun ini di Pulau Pinang meningkat kepada 67.17 peratus berbanding 65.89 pada tahun sebelumnya.

Seramai 3,177 orang daripada 26,259 murid memperolehi keputusan cemerlang 5A atau 7A manakala 17,638 mencapai tahap penguasaan minimum bagi semua mata pelajaran sekurang-kurangnya Gred C ke atas.

Di Kuala Lumpur, seramai 2,725 pelajar atau 10.98 peratus calon mencapai keputusan 5A bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan 7A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

SK Setiawangsa mencatat prestasi membanggakan dalam UPSR 2009 apabila 94 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 5A.

SK Convent Bukit Nanas (1) pula muncul sebagai sekolah terbaik bagi kategori 'calon paling ramai memperoleh semua 'A' bagi semua mata pelajaran' di Kuala Lumpur berdasarkan peratusan lebih tinggi meskipun hanya mempunyai 35 calon yang mendapat keputusan semua A daripada 84 calon yang mengambil peperiksaan.

Seramai 2,343 daripada 19,404 calon negeri itu mendapat keputusan cemerlang 5A atau 7A.

Di Kuching, seramai 1,995 calon berjaya mencatat pencapaian penguasaan peringkat A bagi semua mata pelajaran diambil.

Di Melaka pula, seramai 1,411 daripada 15,187 calon lulus dengan cemerlang apabila memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran diambil.

Sabah pula mencatat kemerosotan dari segi bilangan calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran apabila hanya 911 calon mencapai keputusan itu berbanding 995 calon tahun lalu.

Perlis mencatatkan seramai 439 calonnya atau 9.53 peratus daripada 4,607 calon di negeri itu memperoleh pencapaian cemerlang dengan 5A dan 7A.



...

Ahad, 20 Jun 2010

Terengganu Juara Sukma Ke 13, Melaka






Terengganu sekali lagi menjuarai Sukan SUKMA edisi ke-13 di Melaka. Terengganu berjaya mengulanginya sekali lagi setelah menjadi juara keseluruhan pada SUKMA 2008 edisi ke-12 di Terengganu dahulu. Pada SUKMA kali ini Terengganu mengungguli pada tempat pertama dengan 47 pingat emas, diikuti Selangor 43 pingat emas dan ketiga Wilayah Persekutuan juga dengan 43 pingat emas.

Lebih manis lagi, Terengganu telah menjuarai dalam acara bolasepak sebanyak tiga kali berturut-turut dalam tiga edisi SUKMA yang lalu. Terengganu mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan akhir. Acara yang mengumpul banyak emas adalah acara kanu sebanyak 12 pingat emas.

TERENGGANU NELANG SUNGGOH / TERENGGANU GARANG SUNGGUH.

Syabas kontinjen Terengganu.


...

Sabtu, 19 Jun 2010

Location


Terengganu is a state of Malaysia in Southeast Asia. Located in eastern peninsular Malaysia have beaches and islands, beautiful and culturally interesting. The whole practice Islam and use the Malay language.

How to get here? You can take a plane to Kuala Lumpur and continues to Kuala Terengganu. Welcome to Terengganu Darul Iman.


Welcome to the blog visitterengganutoday. Thank You

...

Pulut Nyiur



Satu lagi makanan orang pantai timur kite, iaitu pulut nyiur(kelapa). Pulut ini dimakan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit gula. Makan pula dengan ikan rebus goreng. Wauuu nampak ringkas tapi sedap dimakan.

Singgah saja di Pasar Kedai Payang, Pasar Chabang Tiga dan pasar - pasar lain di semua daerah Terengganu. Pasti anda akan dapat merasainya.




...

Ikan singgang Terengganu




Ikan singgang Terengganu adalah makanan spesial bagi orang Terengganu. Masakan ini kalau dikenakan dengan budu atau sambal belacan, waduh-waduh pasti kerinduan anak perantau terubat.

Masakan ini menggunakan ikan, lengkuas, asam gelugor, kunyit dan sayur bendi. Mau rasa boleh cuba masak sendiri atau paling mudah datang sendiri ke Terengganu Kite.



...

Khamis, 17 Jun 2010

Lata Belatan



Lata Belatan terletak di Kampung Kubang, Jabi Besut Terengganu. Lata ini adalah dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan tempat tumpuan ramai untuk aktiviti perkelahan, perkhemahan dan pendakian.

Jarak dari Kuala Terengganu-Jertih lebih kurang 118km melalui bas atau kenderaan darat lain. Air di sini sangat jernih dan sejuk berlatar belakang  panorama alam yang indah jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota.




...

Chinatown Kuala Terengganu




Chinatown atau dipanggil juga Kampung Cina bagi penduduk sekitar. Orang-orang Cina telah tiba ke sini sejak abad ke -19. Terdapat dua tokong utama di sini iaitu Ho Ann Kiong (1801) dan Tien Hok Kong (1896) telah diakui oleh UNICEF sebagai warisan yang hebat.

Anda boleh menyusuri Chinatown dengan kereta atau juga beca-beca yang sedia menunggu anda menjelajah bandar Kuala Terengganu.





...

Laksam




Satu lagi makanan spesial di Terengganu iaitu laksam. Laksam dibuat dari tepung beras dan gandum. Manakala kuahnya dibuat daripada isi ikan yang kisar dan dimasak bersama santan.

Bila dimakan waduh-waduh rasanya enak sekali. Tamboh lagi weihhh. Anda boleh rasa laksam ini di Pasar Kedai Payang, Kelulut, Pasar Chabang Tiga, Batu Buruk dan pasar-pasar di semua daerah negeri Terengganu.



...





...

Bahulu




Bahulu atau di Terengganu disebut juga "buah ulu". Sehingga ada teki teki di Terengganu, buah apa tiada pokok dan daun? jawapanya buah ulu.

Kuih bahulu sangat unik kerana baunya harum dan lazat apabila dimakan. Resepi asasnya adalah dari telur, tepung, santan dan gula. Dibakar dalam acuan khas sehinggan ada bermacam-macam bentuk.

Bila anda rasa satu bahulu, pasti nak lagi.



...

Akok






Akok adalah sejenis kuih tradisional Terengganu. Rasanya agak manis jika anda pertama kali mencubanya. Pada masa sekarang ada pelbagai versi dan kretiviti yang diubahsuai dalam masakan akok.

Akok biasanya di masak dalam acuan khas sehingga bentuknya menjadi bujur. Campuran asasnya adalah dari tepung , telur dan santan. Saya selalu makan akok ini tetapi tidak boleh banyak kerana tidak tahan rasa manisnya. Anda boleh mendapatinya di pasar-pasar sekitar Terengganu.



...

Lompat Tikam




Lompat tikam adalah satu makanan pembasuh mulut yang istimewa. Terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian jeli yang dibuat daripada tepung beras yang hasilnya berwarna putih dan hijau. Bahagian yang satu lagi adalah air manisan gula. Apabila dimakan sekali dengan jelinya, rasanya sangat memikat kalbu.

Anda boleh cuba lompat tikam ini di pasar-pasar sekitar Kuala Terengganu, terutama di pasar Kedai Payang, Chabang Tiga dan Kampung Ladang.


...

Rabu, 16 Jun 2010

Bukit Besar, Kuala Terengganu




Bukit Besar bukanlah tempat kunjungan yang ramai dari pengunjung. Namun apa yang menariknya di sini adalah papan tanda "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU" yang menjadi perhatian ramai semua pengunjung ke Kuala Terengganu.

Sebenarnya di atas bukit ini terdapat pencawang telekomunikasi dan pusat kawalan komunikasi. Di sini juga adalah tempat pencerapan melihat anak bulan apabila tiba musim bulan puasa dan hari raya. Namun jika anda berani mencuba dan mencabar diri anda, tempat ini adalah sesuai untuk pendakian dan kaki-kaki jogging pada waktu pagi dan petang. Pernah waktu dahulu aku panjat Bukit Besar ini, untul mencabar diri sendiri bersama-sama kawan-kawan. Sampai di atas satu perasaan puas apabila melihat seluruh bandar Kuala Teengganu.

Tiada halangan untuk ke puncak bukit ini, cuma sampai dipuncak anda dilarang masuk dalam kompleks telekomunikasi itu sahaja. Dari atas anda akan saksikan hampir keseluruhan bandar Kuala Terengganu. Siapkan bawa sebotol air mineral dan satu kamera saya mencabar anda sampai ke atas atau sekuarang-kurangnya separuh perjalanan dekat papan tanda utama itu.



Ace cube tera daki nok? / Cuba mendaki, nak ke?
...

Istana Maziah



Istana Maziah telah dibina pada zaman Sultan Omar pada tahun 1870 untuk menggantikan istana lama iaitu Istana Hijau yang sudah terbakar. Istana yang dibina dengan gaya senibina Perancis ini adalah terletak di kaki Bukit Puteri berhadapan muara Sungai Terengganu.

Di sini biasa berlaku acara rasmi pertabalan, perkahwinan dan acara rasmi kenamaan kerajaan negeri Terengganu.

Jika anda ke Pasar Payang pasti anda singgah ke istana ini kerana jarak dari Pasar Payang lebih kurang 100meter sahaja. Kami akan selalu singgah ditepi pagar istana untuk berehat mengunyah kacang dan rojak buah sambil melihat panorama senibina istana yang indah. Angin dari muara Sungai Terengganu juga sangat mengasyikan.




...

Selasa, 15 Jun 2010

Nasi Dagang




Nasi dagang adalah makanan yang sangat popular selepas keropok lekor di Terengganu. Nasi dagang Terengganu adalah berlainan sedikit berbanding nasi dagang Kelantan. Nasi dagang Terengganu berwarna putih manakala Kelantan berwarna merah kerana menggunakan beras pulut hitam.

Lauknya adalah dari ikan aya(ikan tongkol) yang dimasak kari. Kari Terengganu adalah kari khas yang rasanya tersendiri bagi orang-orang Terengganu.

Tempat yang paling popular untuk anda makan nasi dagang ialah di Kampung Ladang Kuala Terengganu, Pasar Payang, Pasar Chabang Tiga dan juga di Kedai Mak Ngah Chendering.

Bagi diriku sekeluarga tempat yang selalu singgah adalah di Pasar Chabang Tiga pada waktu pagi selalu aku beli nasi dagang di sana. Kadang-kadang kena beratur jugak(nak beli), apabila balik musim cuti sekolah. Teringat pula nasi lemak antarabangsa dekat Kg Baru yang terpaksa kena beratur.






...

Rojak kateh


Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.

Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.

Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.

Untuk anda yang singgah di Pasar Kedai Payang, pasti mencuba rojak kateh ini. Cuba-cuba pusing digerai jualan di bawah pasar.



Ace cube tera cari gok dulu / Cuba-cuba cari dahulu.


...

Kerepok lekor



Kerepok lekor adalah ikon makanan utama bagi Terengganu. Jika anda datang ke Kuala Terengganu tidak sempurna perjalanan anda jika tidak merasa keenakan dan kelainan rasa kerepok lekor buatan Terengganu.

Apa yang spesialnya ialah rasa kerepok Terengganu adalah 80% ikan dan lembut berbanding kerepok di negeri lain. Rahsianya banyak ikan yang diadunkan kedalam resepinya.

Banyak tempat yang menjual keropok, antara yang paling popular adalah di Kampung Losong, Seberang Takir, Kuala Ibai dan Marang. Bagi diri ku tempat yang selalu ku kunjung adalah di Kg Losong, kerana di situ rasanya lebih enak dan banyak pilihan gerai.




Skali teray rase nok lagi, ke guane / Sekali cuba rasa nak lagi, macamana?
...

Pulut Lepa



Pulut Panggang atau di Terengganu dipanggil pulut lepa. Spesialnya pulut lepa Terengganu berbanding dengan pulut dari negeri lain ialah intinya yang berasa ikan.

Jika anda ke Terengganu anda mesti cuba rasa pulut lepa ini, pastikan kesedapanya dan kelainannya. Tempat yang aku biasa beli adalah di Pasar Chabang Tiga pada waktu pagi dan di Jalan Banggol Peradong dekat Gelugor pada waktu petang. Wahhh rasanya spesial sungguh dengan inti ikannya. Sememangnya test aku adalah test Terengganu Kite.




Sedak gok rase puluk nih/ Sedap juga rasa pulut ini.



...

..

Related Posts with Thumbnails