...

Ahad, 6 Jun 2010

Peladang Agrotourism Setiu



Pengalaman yang tidak akan diduga perjalanan hampir 1.5 kilometer merentasi ladang kelapa sawit menuju Peladang Setiu Agrotourism & Resort (PSAR) berbaloi kerana mereka bakal menemui destinasi percutian menyeronokkan.

Pengalaman bercuti di sini pasti meninggalkan kenangan manis yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Betapa tidak, resort yang terletak di mukim Guntung, Setiu, Terengganu itu pastinya memikat hati pengunjung dengan konsep agropelancongan atau pelancongan pertanian.

Pengunjung boleh meneroka taman herba, ladang kelapa sawit serta dusun pelbagai jenis buah, sekali gus menjadikan ia produk pelancongan unik di Malaysia.

Pengurusnya, Ahmad Sanusi Ibrahim, destinasi percutian di atas tanah ladang seluas 280 hektar itu menawarkan peluang menyertai 14 aktiviti rekreasi dikelilingi suasana damai bersebelahan dengan hutan simpan Gunung Tebu.

Pernah menerima kritikan hebat dan dianggap projek menempah kerugian, PSAR yang dibina di kawasan terpencil kini tidak menang tangan mengendalikan kunjungan pelancong tempatan dan asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

..

Related Posts with Thumbnails