...

Jumaat, 4 Jun 2010

Pulau Perhentian Besar, Terengganu



Pulau Perhentian di luar pantai Besut, Terengganu terdapat dua pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau-pulau ini adalah destinasi popular untuk pelancong seluruh dunia. Ini kerana pulau-pulau ini telah wartakan sebagai Taman Laut Negara. Ini bermakna segala tanah-tanah dan perairan di sekitar ini adalah kawasan larangan dan anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil batu-batu karang atau memusnahkan dasar-dasar laut di sini.

Bagaimana ke sini?

Laluan utama adalah melalui jeti di Kuala Besut yang mengambil kira 2 jam perjalanan dengan bot. Atau dari Jeti Pulau Kambing, Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan dengan bot.

Di sana terdapat pelbagai chalet dan resort yang ditawarkan kepada anda. Ada juga pakej termasuk perjalanan, penginapan, makan dan aktiviti telah disediakan. Hanya tepuk dada tanya hati, mau ke atau tidak mau ke sana.


...

2 ulasan:

..

Related Posts with Thumbnails