...

Isnin, 7 Jun 2010

Sungai Marang




Marang sangat kaya dengan keindahan flora dan fauna. Salah satunya ialah keindahan di sepanjang Sungai Marang yang mempunyai hutan paya bakau yang menarik.

Hampir semua daerah di negeri ini terletak di pesisir pantai yang mempunyai hutan paya bakau dan nipah yang mungkin biasa bagi penduduk setempat, tetapi tidak kepada pelancong asing.

Bagi pelancong asing hutan paya bakau dan nipah mempunyai keunikannya tersendiri dan ia perlu dihargai sebagai warisan alam semula jadi.

Justeru, aktiviti menyusuri hutan paya bakau dan nipah boleh dijadikan produk pelancongan yang mampu menarik minat pelancong asing serta tempatan untuk lebih menghargai khazanah dan kepentingannya dalam ekosistem alam semula jadi.

Katanya, program dimulakan sekitar jam 7.30 pagi hingga 9 pagi dan jika ia lambat dimulakan potensi untuk melihat haiwan seperti kera, monyet, memerang, tuntung serta spesies burung yang unik amat sukar.

Pakej menyusuri Sungai Marang diuruskan sendiri Ping Anchorage yang boleh dihubungi di talian 09-6262020 atau melayari laman web www.pinganchorage.com.my.

Bagaimana ke sana?

Untuk menyertai pakej menyusuri Sungai Marang, pengunjung dari Kuala Lumpur perlu ke Kuala Terengganu terlebih dulu yang mengambil masa perjalanan antara enam hingga lapan jam manakala dari Kuantan selama empat jam pemanduan. Dari Kuala Terengganu ke Marang, perkhidmatan pengangkutan disediakan Ping Anchorage.

FAKTA:



Pakej Menyusuri Sungai Marang diperkenalkan pada 1998

Dimasukkan dalam pakej pelancongan bermula 2006

Lebih 100 pelancong asing menyertai Pakej Menyusuri Sungai Marang

Program dimulakan sekitar jam 7.30 pagi hingga 9 pagi bagi membolehkan pelancong melihat haiwan seperti kera, monyet, memerang, tuntung serta spesies burung yang unik di Sungai Marang.

jom jalan-jalan dengan bot.
...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

..

Related Posts with Thumbnails