...
Jumaat, 4 Jun 2010
Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk sememangnya destinasi yang popular di daerah Kuala Terengganu. Tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk famili bersantai dan riadah. Disepanjang pantai ini anda boleh menikmat pandangan dan udara yang segar mengadap ke Laut China Selatan yang luas sejauh mata memandang.
Di sini anda boleh merasai makanan petang di gerai-gerai makan yang terdapat di situ. Antara makanan petang disitu adalah ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, keropok lekor, nasi dagang dan sebagainya.
Guane skarang, ade rase nok pegi? / Macamana sekarang, ada rasa hendak pergi ke?
Boleh tera singgoh sinning / Boleh lah singgah di sini.
...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan