...

Isnin, 14 Jun 2010

Perahu tradisional







Terengganu yang merupakan negeri pesisir pantai pastilah terkenal dengan berbagai-bagai perahu tradisionalnya. Antaranya adalah perahu Payang Barat, Perahu Bedar, Perahu Sekoci dan pelbagai lagi.

Perahu-perahu di Terengganu juga mempamerkan nilai seni yang sangat tinggi khususnya dari segi pembuatan dan hiasan corak pada badan perahu. Perahu ini mampu bertahan sehingga 30 tahun kerana ia diperbuat seratus peratus daripada cengal.
Pernah dahulu apabila tiba waktu musim bah(banjir) perahu sekoci yang dibawah rumah, menjadi mangsa aku dengan kawan-kawan untuk bermain pusing kampung. Seronok bukan kepalang pada waktu itu.
Di muzium aku naik pula perahu besar. Sekarang perahu besar itu menjadi replika sejarah di muzium. Saiznya yang besar membuatkan rasa kagum dan hebat pada hasil tangan orang-orang kita.

...

3 ulasan:

  1. ingat musim bah , selalu perahu lama bawah rumah jadi permainan satu kampung.

    BalasPadam
  2. aku tengok perahu besar kat muzium ....
    kira nya hebat jugak org melayu kite belayar

    yunus22

    BalasPadam
  3. perahu besar di muzium tu adalah perahu original, boleh lawan kapal besar portugis di bandar Melaka nung....

    BalasPadam

..

Related Posts with Thumbnails